BERSIH ATAU SUCI? SEMUA DOBI ISLAM WAJIB TAHU!..




Sedikit Perkongsian Ilmu.
Saya Share Apa yang Saya Pelajari Dari Perkongsian Ilmu
Bersama Saudara Khairul dari Dobi Suci Kemaman.

Salaam,..

Perlu difahami bahawa kebanyakan cucian menggunakan mesin
hanya mampu memBERSIHkan pakaian, tapi TIDAK menSUCIkan/memBEBASkan
pakaian daripada NAJIS.

Pakaian yg BERSIH tp ada NAJIS, tetap TAK SAH SOLAT.
Pakaian yg KOTOR tp SUCI, SAH SOLATnya.
KOTOR tidak bermakna ada NAJIS.

Cara yg betul nak basuh pakaian guna mesin basuh automatic,..

Mana² pakaian yg konfem atau rasa² ada najis,
hendak dibasuh secara manual..
(cuci pada bahagian bernajis SAHAJA)

Manual ni bermksd, cuci guna tangan...
(sebab sy sampai skrg belum jumpa mesin yg mampu menyucikan NAJIS
pada pakaian - dari segi HUKUM)

Cara nak cuci najis ni adalah dgn meLALUkan air MUTLAK
pada bahagian yg bernajis.
Dalam kes ni, sila guna air paip.

Air perlu SENTIASA 'berGERAK/mengalir'.
Kalau celup pakaian dalam baldi, itu tak mengalir namanya.

Cuci dgn kaedah yg eden bgtau ni sampai hilang ZATnya(jika ada),
warna dan bau..
Bermula sini, pakaian tu dah jadi BEBAS daripada NAJIS.
Cuma KOTOR jer belum settle.

So sekarang baru boleh campak masuk dalam Mesin Basuh,
biarkan Mesin Basuh yg uruskan bab KOTOR tu.

Hasil basuhan selepas daripada tu, maka terhasillah
pakaian yg BERSIH lagi SUCI/BEBAS daripada NAJIS.

So boleh la bawak bersolat.

===========================

"Kalau saya campak pakaian yg bernajis td kedalam mesin basuh, tak boleh ke?"

Persolannya sekarang ni, mesin basuh tu lebih 2 kolah atau tidak.
Mesin basuh biasanya menampung air di dalam sebuah 'baldi' bulat yg
ada dalam mesin basuh tu..
Ukuran bulat 'baldi' tu hendaklah sekurg²nya..
45cm(Luas) x 115cm(Dalam)
atau mampu tampung 270 Liter air,..
atau mampu tampung beban air 195.13kg.

Amacam...?
Ada mesin basuh seBESAR tu...?
Kalau basuh pakaian berNAJIS dalam Mesin Basuh yg ada air sebanyak
270 Liter ni, kira pakaian tu SUCI daripada NAJIS.

Apabila kamu campur pakaian yg berNAJIS,..
dgn pakaian yg SUCI dari NAJIS,..
dalam air yg tak cukup 2 kolah,..
maka air yg mutlak tadi berubah hukum pada AIR NAJIS..

AIR NAJIS tu pula bersama² pakaian yg SUCI td
dah UBAH pakaian yg SUCI tu kepada pakaian berNAJIS.

Rinse/Bilas la dgn mesin tu berapa banyak kali pun,
ia tetap NAJIS(dari segi HUKUM)..

Sebab utk menyucikan NAJIS dari pakaian,
hendaklah melalui salah satu dari 2 cara ni..

Cuci dalam besen atau kolam yg melebihi 2 kolah..
Jika takde, sila guna AIR MUTLAK yg SENTIASA MENGALIR.
macam yg eden cerita awal² td..
Dan air 'KOTORAN' td juga hendaklah SENTIASA mengalir keluar..
Jgn pulak Air KOTORAN tu dalam keadaan bertakung bawah pakaian
yg tengah diSUCIkan tu..

Sharing Is Caring
Insya Allah...

Comments